Login Daftar

Anda perlu login untuk menghantar confession.

Profile
Mr. Lonely
17/06/2025 10:15 AM

#MalaysiaConfess9
Aku suka mendengar lagu Linkin Park. Dari zaman remaja dulu sehinggalah tua bangka sekarang. Dulu² suka dgr kerana lagunya, yalah darah muda suka...
#MalaysiaConfess9
Aku suka mendengar lagu Linkin Park. Dari zaman remaja dulu sehinggalah tua bangka sekarang. Dulu² suka dgr kerana lagunya, yalah darah muda suka music rancak, headbanging segala. Tetapi bila tua² hampir 40an ni mendengar balik rasa faham akan liriknya. Terkait betul dgn kisah zaman umur lewat 20an sehingga hampir 40an ni.

Baru² kumpulan ini ada menerbitkan album baharu, walaupun selepas kematian penyanyi utama Chester Bennington kumpulan ini masih berjuang dlm bidang musik dgn penampilan ahli baharu. Sebagai die-hard-fans sy pun mendengarnya.
"I let you cut me open, just to watch me bleed
Gave up who I am for who you wanted me to be
Don't know why I′m hoping for what I won't receive
Falling for the promise of the emptiness machine
The emptiness machine"
Fuuhh sekali lagi lirik mereka menusuk kalbu, seolah² simpati akan masa laluku. "Gave up who I am for who you wanted me to be" sudah lumrah kebanyakan anak² org asia merana dalam sanubari dek org sekeliling mengharapkan mereka menjadi sesuatu yg bukan mereka mahukan, termasuklah diriku. Masyarakat mudah utk membahas "kau sepatutnya buat begini dan begitu, apa yg kau buat sekarang ini tidak penting, lagi bagus begitu dan begini" tanpa mereka menyedari ayat itu pedih di hulu hati kita termasuklah aku sendiri. Waktu itu mahu saja cakap "kau adalah diri kau, aku adalah diri ku! Perlukah aku lupakan siapa diriku hanya utk menjadi apa yg kau mahu?"

Ya faham org ambil berat pasal aku, faham ibubapa mahukan yg terbaik utk aku, tetapi aku tidak mampu penuhi itu semua utk mereka sebab ITU BUKAN AKU YG SEBENAR. Kalau betul itu berkesan membolehkan seseorg jadi lebih senang lebih banyak wang kenapa bukan mereka yg lakukan? Kenapa mesti AKU? Jika apa² yg kesan berlaku akibat pilihanku biarlah aku yg menghadapinya kerana aku layak dan aku tahu risiko pilihanku. Tetapi wajarkah aku MENANGGUNG risiko atas pilihan ORANG LAIN? Yg sakit nanti aku, yg tekanan perasaan itu aku, yg jadi gila itu aku. Tetapi bila berjaya mereka pula menumpang 'kredit'.

Oleh itu WAHAI MASYARAKAT! aku seru kepada semua supaya jaga tepi kain sendiri jgn suka jadi 'BOSS' kpd pilihan hidup seseorg. Biarkan dia memilih biarkan dia gembira. Selagi tidak syirik, tidak bertentangan dgn hukum syarak, tidak menyalahi undang², tidak menyakiti orang lain, biarkah dia! Berilah sokongan agar dia bersemangat utk berjaya dlm apa jua bidang/pilihan dia. Pengalaman akan mengajar dia dan Allah sudah tentukan rezeki dan untung nasib (qada dan qadar) diri dia.

I have "somewhere I belong" and "what I've done" is my choice. All your interventions makes me "one step closer" to "given up" my dreams. Yes I know I'm "crawling" struggling to achieve what I wanted, even just a "faint" hope I will goes on. You don't have to make your "Point of Authority" asking what I'm not just to make me "fight myself". We must "Breaking the Habit" so people will not feeling "Numb" around us. There's so many "roads untravelled" so many ways to success. We just want to live and achieve something decent for ourselves, not a mountain of gold! We all gonna die someday so whatever you said "in the end" it's doesn't even matter.

Baca Selanjutnya...

Profile
Anonymous
12/06/2025 09:21 AM

#MalaysiaConfess8
Ini cerita pasal orang tua yang dapat mykasih. Bila aku dapat tau orang tua ni dapat mykasih, aku rasa gembira.

Begini ceritanya. Aku ni selalu...
#MalaysiaConfess8
Ini cerita pasal orang tua yang dapat mykasih. Bila aku dapat tau orang tua ni dapat mykasih, aku rasa gembira.

Begini ceritanya. Aku ni selalu lepak di rumah jiran. Dalam rumah jiran ni hanya ada 2 orang sahaja. Yang 1 orang ni bapanya dan 1 orang lagi anaknya perempuan. Kedua-dua dorang ni sudah tua. Anak perempuan dia adalah seorang anak dara (tua) yang jaga bapanya.

Dalam banyak-banyak hal aku tahu pasal dua orang jiran aku ni, ada 1 yang aku gembira iaitu dorang dapat bantuan. Bantuan sebulan rm100. Dorang berdua ni, tiada kerja. Lagipun sudah tua. Yang pasti anak perempuan dia pun sudah berumur sekitar 63 tahun. Bapanya mesti lebih lagi umur dia kan..

Oh ya, dorang masing-masing dapat rm100. Jadi, sebulan dapat rm200 untuk belanja dapur/rumah. Ala, yang belanja pakai kad ic tu di 99speedmart atau kedai-kedai terpilih.

Bagi aku, bersyukur sudah sebab dapat tengok kehidupan diorang setidaknya cukup mengisi kelengkapan makanan di dapur terutama beras, mee dan minyak masak. Dorang ni bukan jenis peminta tidak macam orang lain yang selalu ikut di belakang 'orang besar' atau pemimpin tapi tak pernah rasa cukup-cukup.

Orang tua ni cakap kat aku, dia sudah rasa cukup. Yang penting dia ada rumah, dia tidur dirumahnya dan dia ada makanan untuk dimakan dalam keadaan sihat walaupun sudah tua.

Aku pun tersentak di hati sebab aku setiap hari berhempas pulas mencari kelengkapan hidup. Sibuk dengan masa yang rasa tidak cukup. Akhirnya paling best adalah releks di rumah sendiri dalam keadaan serba kecukupan dan tenang santai.

Bila lah fasa aku untuk releks dari kesibukan dunia ni...

Baca Selanjutnya...